When u c Blue, u'll remember the Sky, when u'll c the Sky u'll surely remember me..BLUESKY

Friday, May 16, 2008

Ibu, Kaulah Kekasihku

Assalamualaikum Bro's & Sis's of Islam

Bluesky ingin sampaikan sebuah puitis untuk wanita wanita yang bergelar ibu... dan untuk Bluesky gak... hehehe...

Walaupun agak terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU akan tetapi di hati ini senantiasa mengingatinya...

Bluesky masih terkenang didikan ilmu ukhrawi mahu pun duniawi dan juga kasih sayang ibu Bluesky semasa Bluesky masih kecil lagi... ibu Bluesky telah kembali ke rahmatullah pada umur Bluesky menjangkau awal 20an... sebelum perginya ibu, ibu amat merana dengan penyakit yang di tanggungnya selama lebih kurang enam tahun... penyakit angin ahmar...

Sebagai memperingati mu wahai ibu ku yang amat ku kasihi... aku coretkan sebuah puitis buat mu...

Ibu
padamu aku berlutut
Kerna wajahmu mengingatkan aku
zaman kanak-kanak dan kebudakanku
memberi ceria hidup ini

Ibu
Kaulah kekasihku
saling merindu di kala berjauhan
saling tersenyum dikala ku gembira
dan berduka bila keresahan

Ibu
ku tetap ingat
syurga di tapak kakimu
berilah restumu
kejayaan hidupku

Ibu
jasamu terlalu mahal
bukan tandingku untuk menagih
hormat dan restumu
menjadi anak kesayanganmu

Ibu
dikala ini aku merindu
dikala ini aku berjanji
mengingati nasihatmu
merapati hajatmu

Ibu
tidak akan ku biarkan
walau setitik airmatamu menitis
kerana aku anakmu

Ibu
ampunilah dosaku
halalkan makan dan minum
dari kali pertama ku kau susu

Ibu
walaupun kau sudah tiada
aku anakmu tetap akan
mengingati dan kau
selalu dihatiku

Ibu
Kaulah kekasihku...



Bluesky berlalu...

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home