Assalamualaikum Bro's & Sis's of IslamBluesky ingin berkongsi sedikit ilmu pengetahuan pada kalian semua... baca laa dengan teliti...SEMUA IMAM MAZHAB-
ULAMA SALAF SURUH IKUT
QURAN - SUNNAH
Apabila ada "ilmuan Islam" yang bercakap atau mngajak umat supaya kembali kepada "Al-Quran dan Sunnah", maka akan muncullah suara suara menuduh orang itu "anti mazhab" dan sebagainya.
Apakah tidak betul atau salah kalau ada tokoh bercakap tentang isu tersebut? Memang pun, dalam dakwah Islamiah, kita diajak dan disuruh kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.
Nabi s.a.w. sendiri dlm sebuah hadis sahihnya menyebut tentang dua perkara yang ditinggalkan kepada umatnya, dan umatnya tidak akan tersesat selagi berpegang teguh kepada "Dua perkara" itu.
Lalu para sahabat bertanya: "Apakah dua perkara yang kamu tinggalkan itu?"
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dua perkara itu ialah pertama: Quran dan kedua: Sunahku". Sekiranya kamu berpegang kepada kedua-dua ini, kamu tidak akan tersesat hingga bila-bila pun."
Tetapi soalnya, ada sesetengah dari para ustaz kita marah dan menganggap "kita mesti ikut mazhab kita? Kadang-kadang kita pun kurang faham "Siapakah orang yang dimaksudkan kepada Mazhab kita?"
Yang nyata sekali "Mazhab kita" yang dimaksudkan itu ialah "Mazhab Syafi'i". Apakah benar Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i itu mengajar atau pun menyuruh umat Islam mengikutnya, tidak mengikut Quran, kitabullah dan As-Sunnah?
Apakah semua mazhab yang wujud dimuka bumi ini menyuruh supaya umat Islam atau pun pengikut2nya supaya patuh kepada syariat dan Quran dan Sunnah?
Sebagai seorang yang sering membaca kitab2 agama yang ditulis oleh ulama2 klasik dan para ulama besar termasuk ulama besar yang mempunyai ilmu sangat luas iaitu Muhammad bin Idris As-Syafi'i ini dan mazhab2 lainnya semua kitab2 yang ditulisnya menyebut supaya "ikut Rasul", dan bukan ikut orang lain.
Imam Syafi'i misalnya, dlm kitab2nya mengajak umat Islam supaya ikut Rasulullah s.a.w. apa juga masalah dan isu.
Masalah solat, soal haji, soal puasa dan apa juga soal semuanya beliau mahukan supaya kita ikut Quran dan Sunnah, dan beliau sendiri mengikut Rasulullah s.a.w.
Bacalah kitabnya, dan bacalah apa juga seruan dlm dakwah Islamiah beliau akan mengajak kita supaya jangan berpaling kepada dua perkara ini.
Ulama besar selepas wafatnya semua imam-imam, mazhab ini telah menggunakan ilmu mereka dan menyebarkan diserata dunia Islam. Sebab ulama-ulama ini mengajak dan menyuruh seluruh umat Islam supaya ikut Al-Quran dan Sunnah.
Semua karya imam-imam Mazhab yang merupakan karya agung dimana di dalamnya penuh dengan mutiara yang sangat tinggi nilainya, dan ilmu mereka terlalu mendalam membongkar semua masalah yang telah digunakan oleh pusat-pusat pengajian islam seluruh dunia.
Sebabnya, semua karya agung imam-imam mazhab ini menyuruh umat Islam dan mengajak umat Islam supaya melakukan kerja2 amal salih dan mengikut apa yang telah ditunjukkan dlm Al-Quran dan juga apa yang ditinjukkan oleh sunnah. Dalam kitab-kitab tersebut mereka tidak membenarkan umat Islam mengikut mereka, tetapi ikutlah kitabullah dan sunnah Rasulullah.
Bacalah karya Imam Malik, Imam Syafi'i, imam Ahmad Ibnu Hanbal, Imam Abu Hanifah (Hanbali), semua karya imam-imam besar ini mengajak kita ikut Rasulullah s.a.w. kerana mereka juga ikut "Quran dan Sunnah" sebagaimana yang diperintahkan oleh agama.
Imam-imam mazhab yang juga ulama-ulama besar dunia Islam ini cukup takut kepada Allah, dan tidak berani menyalahi apa yang disyariatkan yang sudah diturunkan dan yang sudah di tentukan oleh agama.
Imam-imam mazhab ini juga para ulama lainnya tetap berpegang dgn ayat Al-Quran dan tetap menghayati isi kandungan dan makna wahyu Allah itu dalam surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud :
"Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu agama kamu dan aku cukupkan nikmatku dan telah aku redhai Islam sebagai agamamu"
Apa juga kitab yang kita baca karya Imam imam Mazhab besar semuanya mengajak kepada Sunnah, bukan ikut mereka. Sunnah bukan sahaja merupakan sumber hukum Islam, bahkan ia merupakan asas yang kukuh kepada idea-idea besar mengenai ilmu pengetahuan dan tamadun umat manusia.
Baginda Rasulullah s.a.w. apa yang dijelaskan oleh imam-imam mazhab dalam kitab2 dan karya agung mereka mengajarkan umatnya upaya menghargai ilmu dan kebenaran.
Untuk mencapai keimanan dalam Islam mestiilah diasaskan kepada kesedaran akal dan pengetahuan sama ada menerusi wahyu atau pemerhatian terhadap realiti dan fakta yang ada di persekitaran kita.
Oleh yang demikian ilmu pengetahuan mesti dikuasi oleh umah agar mereka boleh mencapai cita-cita Islam.
Untuk mencapai cita-cita Islam yang murni, dan menjaga akidah yang luhur dan tidak disedari dengan lain-lain unsur, maka para ulama haruslah menjaga syariat Islam itu dengan sebaik-baiknya.
Maksudnya, jangan ada tokok tambah didalamnya. Jangan ada perkara yang bukan syariat dianggap dan dikatakan syariat. Hadis-hadis nabi dikatakan sahih.
Sabda Rasulullah yang bukan datang dari Rasulullah sendiri dikatakan dari Nabi, maka ini satu jenayah dan satu pendustaan terhadap Nabi s.a.w. itu sendiri.
Hal-hal ini yang banyak terjadi. Adakalanya syair-syair Arab dianggap sebagai hadis. Kata-kata para sahabat, para khulafa Rashidin dikatakan sebagai hadis.
Banyak perkara dari kata-kata hikmat juga dikatakan sebagai hadis. Perbuatan-perbuatan semacam inilah yang merosakkan agama kita suci dan murni ini.
Misalnya kata2 "Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri cina sekalipun," ini adalah kata2 para sahabat, tetapi ada setengah guru mengatakan hadis Nabi s.a.w
Begitu juga dengan kata-kata: "Berkata benarlah walaupun ia pahit", ada guru-guru dalam kuliah agamanya menyebut "hadis nabi" Sedangkan itu adalah kata-kata Saidina Ali.
Jadi, hal-hal berupa ini hendaklah diawasi. Penting bagi semua orang hendaklah rajin membaca kitab-kitab agama, terutama para tuan guru.
Sebelum ke majlis kuliah untuk berdepan dengan para jemaah, tuan guru ataupun ustaz hendaklah "menelaah" dulu dengan kitab yang akan diajar kepada jemaahnya itu. Elok rasanya dibuat "homework" supaya apa yang disampaikan kepada para jemaah dimasjid merupakan perkara-perkara yang murni dan paling baik sekali, dari semua segi termasuk membacakan hadis-hadis sahih dari Nabi s.a.w.
Jangan menyembunyikan Ilmu:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang menyembunyikan ilmunya,
Allah akan mengendalikannya dengan kendali dari api."
Bluesky berlalu...
Labels: Quran dan Sunnah