Syahru Ramadhan Al Mubarak
Disini Bluesky ingin sekali berkongsi amalan dan doa doa untuk bulan Ramadhan bersama teman-teman Bluesky
- Ramadhan diturunkan Al Quran sebagai panduan hidup umat Islam.
- Dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka.
- Terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (Lailatul Qadr).
- Umat Islam diwajibkan berpuasa, mereka yang menjalankan ibadah tersebut dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah Azza Wajalla, maka ia akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
- Allah telah menjanjikan ganjaran pahala yang berlipatganda kepada sesiapa yang melakukan apa jua amalan baik sepanjang bulan itu.
Ketika Berbuka disunatkan membaca:
(ya Allah kerana-Mu Aku berpuasa dan dengan-Mu aku beriman dan dengan rezeki-Mu aku berbuka).
- Mulakan berbuka dengan kurma atau makanan yang manis. Jangan makan terlalu banyak hingga menimbulkan kemudaratan.
- Digalakkan segera berbuka dan lambatkan bangun sahur.
- Bangun sahur amat digalakkan walaupun hanya dengan minum seteguk air kerana bersahur itu barakah.
- Memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Allah akan memberi ganjaran pahala sebagaimana pahala orang berpuasa.
ANTARA AMALAN DALAM BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
Dari 1 - 10 Ramadhan:
Permulaannya Rahmat. Sunat dibaca :
اللهم ارحمني يا ارحم الر احمين
(Ya Allah, kurniakanlah rahmat kepadaku, wahai Tuhan Yang Amat mengasihani)
Dari 11 - 20 Ramadhan
Pertengahannya adalah Pengampunan.
Banyakkanlah membaca :
الهم اغفر لي ذنبي ارب العا لمين
(Ya Allah Ampunilah dosaku wahai Tuhan Seluruh Alam).
Pada 10 Hari Terakhir Ramadhan adalah Pembebasan dari api neraka. Maka sunat diperbanyakkan membaca :
الَلهُمَ اَعتقني من النار واذخلني جنتك يا رب العالين بر حمتك يا ارحم الراحمين
(Ya Allah bebaskanlah aku daripada api neraka dan masukkanlah aku ke dalam syurga-Mu wahai Tuhan Sekalian Alam dengan limpah rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani).
Juga sunat Dibaca Pada 10 Hari Terakhir Ramadhan dengan bacaan :
اشهد اَنَ لآ إلح إلاً الَلَهُ أستغفرُ الَلهُ نسالك الجّنة ونعو ذ بك من النار
(Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah Aku memohon keampunan Allah Kami memohon syurga dan berlindung dengan Allah daripada api neraka).
Juga dibaca :
اللهم انك عَفوٌ كَريمٌ تحبُ العفو فا عفُ عنَا (3) يَا كر يمٌ
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pengampun suka mengampunkan maka ampunilah kami, ya Allah.)
Bluesky berdoa semoga Ramadhan kali ini akan membawa barakah pada kita semua dan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu.
Bluesky berlalu...
Labels: Pesanan dan Amalan


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home