When u c Blue, u'll remember the Sky, when u'll c the Sky u'll surely remember me..BLUESKY

Wednesday, August 27, 2008

Syahru Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum Bro's & Sis's of Islam


Disini Bluesky ingin sekali berkongsi amalan dan doa doa untuk bulan Ramadhan bersama teman-teman Bluesky


Antara Kelebihan Ramadhan


  • Ramadhan diturunkan Al Quran sebagai panduan hidup umat Islam.


  • Dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka.


  • Terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (Lailatul Qadr).


  • Umat Islam diwajibkan berpuasa, mereka yang menjalankan ibadah tersebut dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah Azza Wajalla, maka ia akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.


  • Allah telah menjanjikan ganjaran pahala yang berlipatganda kepada sesiapa yang melakukan apa jua amalan baik sepanjang bulan itu.


Antara Amalan Sunat Ramadhan

Ketika Berbuka disunatkan membaca:


اللهم لك ضمت ؤبك امنت وعاى رزئاك اقطرت


(ya Allah kerana-Mu Aku berpuasa dan dengan-Mu aku beriman dan dengan rezeki-Mu aku berbuka).



  • Mulakan berbuka dengan kurma atau makanan yang manis. Jangan makan terlalu banyak hingga menimbulkan kemudaratan.


  • Digalakkan segera berbuka dan lambatkan bangun sahur.


  • Bangun sahur amat digalakkan walaupun hanya dengan minum seteguk air kerana bersahur itu barakah.


  • Memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Allah akan memberi ganjaran pahala sebagaimana pahala orang berpuasa.

ANTARA AMALAN DALAM BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Dari 1 - 10 Ramadhan:

Permulaannya Rahmat. Sunat dibaca :

اللهم ارحمني يا ارحم الر احمين

(Ya Allah, kurniakanlah rahmat kepadaku, wahai Tuhan Yang Amat mengasihani)

Dari 11 - 20 Ramadhan

Pertengahannya adalah Pengampunan.

Banyakkanlah membaca :

الهم اغفر لي ذنبي ارب العا لمين

(Ya Allah Ampunilah dosaku wahai Tuhan Seluruh Alam).

Pada 10 Hari Terakhir Ramadhan adalah Pembebasan dari api neraka. Maka sunat diperbanyakkan membaca :

الَلهُمَ اَعتقني من النار واذخلني جنتك يا رب العالين بر حمتك يا ارحم الراحمين

(Ya Allah bebaskanlah aku daripada api neraka dan masukkanlah aku ke dalam syurga-Mu wahai Tuhan Sekalian Alam dengan limpah rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani).

Juga sunat Dibaca Pada 10 Hari Terakhir Ramadhan dengan bacaan :

اشهد اَنَ لآ إلح إلاً الَلَهُ أستغفرُ الَلهُ نسالك الجّنة ونعو ذ بك من النار

(Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah Aku memohon keampunan Allah Kami memohon syurga dan berlindung dengan Allah daripada api neraka).

Juga dibaca :

اللهم انك عَفوٌ كَريمٌ تحبُ العفو فا عفُ عنَا (3) يَا كر يمٌ

(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pengampun suka mengampunkan maka ampunilah kami, ya Allah.)

Bluesky berdoa semoga Ramadhan kali ini akan membawa barakah pada kita semua dan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu.

Bluesky berlalu...


















Labels:

Monday, August 25, 2008

Zakat

Assalamualaikum Bro's & Sis's of Islam


Pray and give zakat and be faithful to
Rasulullah so that you will be blessed.
[An Nur: 56]

Zakat on wealth is...

  • Obligatory
  • One of the five pillars of Islam
  • A form of giving to those who are less fortunate

Allah SWT has made it compulsory on every Muslim to give 2.5% of their wealth and assets each year which will then be distributed among the 8 Asnafs (categories) as prescribed in the Quran.

We know that one of the basic Islamic principles is concern for the poor. With Zakat, we hope it will help strengthen our spirit and confidence in coping with the challenges in our daily lives. We would like to urge our fellow Muslims to do their duty by paying Zakat on wealth when the Haul and Nisab are due. Insya'Allah, with our Zakat contribution it will help our fellow Muslins towards prosperity and security.

Rasulullah s.a.w. has said that a perfect Muslim is not the one who eats and leaves his neighbour hungry.

[Hadiths Ibn Abbas]

Bluesky goes...



Labels:

Monday, August 18, 2008

Kawan Sejati...

Assalamualaikum Bro's & Sis's of Islam


1 hari,
CINTA & KAWAN berjalan2
Dalam kampung...
Tiba-tiba, CINTA terjatuh dalam
telaga...
Kenapa?
Kerana... CINTA ITU BUTA...
Lalu, KAWAN pun ikut
Terjun dalam telaga...
Kenapa?
Kerana, KAWAN akan buat apa
saja demi CINTA!!!!
Di dalam telaga,
CINTA hilang...
Kenapa?
Kerana, CINTA itu Halus,
Mudah Hilang kalau tak
dijaga, Sukar dicari
apatah lagi dalam telaga
yang gelap...
Sedangkan,
KAWAN masih lagi tercari-cari
di mana CINTA dan terus
Menunggu..
Kenapa?
Kerana... KAWAN ITU SEJATI & akan
kekal sebagai
KAWAN yang setia... :)
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Berkawanlah dengan
seikhlas hati,
Bercintalah selagi ada
yang sudi,
Bergembiralah selagi ada
teman disisi,
berilah kemaafan sebagai
hamba ILLAHI,
Semoga kita
Diberkati....
Sampai disini...
Bluesky berlalu...

Labels: