Tahukah Anta...dan Anti...
Mungkin ramai yg belum tau apa yang Bluesky akan catit kan di bawah ini... sudi2 lah membacanya ia...
YANG MENYEBABKAN SU'UL KHATIMAH
Shidiq Hasan dlm kitab Yaqzah Uli al-I'tibar mengemukakan bahawa perkara akhir hidup yg buruk (su'ul Khatimah) disebabkan oleh beberapa perkara. Pertama, kerana rosaknya akidah yg akan menyebabkan kepada suul khatimah. Kedua, kerana banyak melakukan maksiat dan dosa. Ketiga, kerana tidak istiqamah atau bersikap tidak pasti dan suka berubah-ubah. Keempat, kerana imannya yang lemah sehingga hal itu boleh merobohkan benteng akidah dalam hati.
YANG MENYEBABKAN SAKARATUL MAUT
Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa sakaratul maut akan diringankan bagi orang yang mati syahid dalam peperangan. Sakaratul maut adalah keadaan menjelang datangnya sebuah kematian. Walaupun orang mati syahid terhunus pedang di medan pertempuran, tetapi sakaratul maut akan terasa ringan dan tidak memberatkan. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda seperti ini, "Orang yang mati syahid tidak merasakan sakitnya terbunuh, kecuali seperti sakitnya dicubit."
YANG MENYEBABKAN AZAB KUBUR
As-Safarini dalam kitab Lawami' al-Anwar al-Bahiyyah menyebutkan bahawa ada beberapa hal yang boleh menyebabkan terjadinya seksa kubur sesuai dengan keterangan Nabi s.a.w. dan sahabat. Pertama, seksa akan mengenai bagi orang yang tidak memakai penutup ketika membuang air kecil dan besar. Kedua, mencuri rampasan perang (ghanimah), termasuk dosa yang dapat mengakibatkan seseorang terseksa dalam kubur. Ketiga, iaitu bagi orang yang gemar melakukan kebohongan, zina, riba dan meninggalkan al-Quran.
WAJAH MALAIKAT MAUT BERUBAH-UBAH
Malaikat maut mendatangi seorang mukmin dalam rupa yang baik dan bagus, sedangkan kepada orang kafir dan munafik, ia datang dalam bentuk yang menakutkan. Nabi s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya jika seseorang mukmin berada dalam keadaan terpisah dari dunia dan menuju ke akhirat, malaikat dari langit turun kepadanya. wajah mereka putih bagai matahari. Jika pada orang kafir, maka melaikat itu ganas, bengis dan hitam, wajahnya dengan memakai pakaian yang menjijikkan."
ORANG BANYAK HUTANG TERTAHAN DI KUBUR
Hutang merupakan salah satu perkara yang dapat membahayakan orang mati ketika si mati berada dalam kubur. Si mati akan terus tertahan di sana selagi hutangnya belum dilunaskan oleh ahli warishnya. Ini kerana, Nabi s.a.w. pernah menjelaskan dalam satu hadisnya yang menerangkan agar sebelum mayat masuk ke dalam lubang kubur, hendaknya segala sesuatu yang berkaitan dengan beban hutang sepanjang kehidupan si mati itu dilunaskan terlebih dahulu. Sabda nabi, "Sesungguh ia, kerana hutangnya, tertawan sehingga tidak dapat masuk syurga."
RAHASIA DI BALIK NAMA ALMASIH DAJJAL
Almasih Dajjal adalah mahluk yang paling bahaya yang muncul pada akhir zaman untuk mengajak manusia ingkar kepada Allah dan RasulNya. 'Ia diberi nama 'Al-Masih' kerana mempunyai satu mata. AL-Masih bermaksud satu bahagian wajahnya hilang, tidak bermata dan tidak berpenutup. Sedangkan nama 'Dajjal' bererti menutup kebenaran dengan kebatilan. Kata 'Dajjal' bermaksud yang menutupi. Maksudnya menutup kebenaran dengan dusta dan mengaburkan semua penduduk di muka bumi ini.'
LEHER ORANG AZAN DI HARI KIAMAT
Antara orang yang nampak kemuliannya pada hari kiamat adalah para muazin iaitu orang yang suka melaungkan azan apabila telah masuk waktu. Pada hari itu, mereka adalah manusia yang lehernya paling panjang dan indah. Imam Muslin dan Muawiyyah Bin Sufyan yang mengaku mendengar Rasulullah bersabda, 'Orang-orang yang berazan adalah orang yang paling panjang lehernya pada hari kiamat. Leher panjang itu indah dan sesuai dengan perbuatan yang dilakukan."
UKURUN FIZIKAL PENGHUNI NERAKA
Penghuni neraka ketika dalam neraka, ukuran badan mereka berubah-ubah menjadi besar bentuknya. Ini berbeza dengan waktu mereka di dunia. Menurut hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda, "Jarak antara kedua bahu orang kafir yang masuk neraka adalah tiga kali perjalanan seorang penunggang cepat." Riwayat lain menyebut bahawa gigi geraham orang kafir itu atau gigi taring atasnya sama besar dengan bukit Uhud, dan tebal kulitnya sama dengan tiga hari perjalanan.
TIGA ORANG PERTAMA YANG MASUK SYURGA
Ada tiga kelompok orang yang terlebih dahulu masuk ke dalam syurga dibandingkan dengan kelompok lain. Hal ini disebutkan dalam sebuah riwayat hadis Nabi. Imam Termizi meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad bersabda, "Telah diperlihatkan kepadaku tiga orang pertama yang akan masuk syurga iaitu seorang yang mati syahid, seorang yang beramal salih dan seorang hamba yang menyembah Allah dengan penuh keyakinan diri dan pengabdian serta setia dan tulus kepada tuannya."
BELAJAR UNTUK TUJUAN KEKAYAAN SEMATA-MATA
Nabi s.a.w. bersabda, "Barang siapa menuntut ilmu yang seharusnya dituntut untuk mengharap keredhoan Allah tetapi hanya mempelajarinya untuk mendapatkan harta benda, nescaya ia tidak akan mencium bau syurga. Padahal, bau syurga dapat dicium dari jarak 40 tahun." (HR. Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibban). Dalam riwayat lain menerangkan, "Barang siapa yang mempelajari ilmu bukan kerana Allah, maka hendaklah ia bersiap menempatkan diri di neraka." (HR. At-Termizi)
Sampai disini saja yang Bluesky dapat berkongsi dengan anda semoga pengetahuan ini akan senantiasa kita ingati... insyaAllah...amin
Bluesky berlalu...
Labels: Berkongsi pengetahuan

